بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم
Baca tajuk pun dah rasa gerun kan???? Ya Allah...
Kawan kawan, jom kita berpikir sejenak....
Pernah tak kita dalam satu hari sebelum tidur ,kita muhasabah diri kita??? Kita ingat balik apa y kita dah buat seharian???? Tipulah kalau satu hari kita tak buat dosakan kawan kawan??? Kekadang kita sendiri tak sedar kita berbuat dosa ke tak... Memang fitrah manusia itu pelupa... (انسان-نسى)
Tetapi,
tak salahkan untuk kita saling mengingatkan satu sama lain... Kekadang akan sampai satu masa, terdetik di hati kita untuk bertaubat... Untuk memohon ampun dengan Allah swt... Waktu itu kita mungkin akan merasakan layakkah aku untuk bertaubat?????
Layakkah aku???Kita pun mesti pernah terpikir..:" Kenapalah Allah tak tarik ja nyawa aku, yelah dari aku buat dosakan??"
Hah, cuba kita tengok jawapan Imam Al-Ghazali kat bawah ni;
Dalam Al-quran Allah swt berfirman y bermaksud:
"Tidaklah mereka mengetahui bahawasaNya Allah menerima taubat dari hamba-hambaNya?" Surah At-Taubah (9:104)
Tipu andai kita mengatakan kita takkan takut dengan dosa yang kita pernah lakukan... Dosa dan kisah silam kita akan sentiasa mengejari kita, menghantui kita kerana dosa adalah dosa.... dan ia akan tetap sama dan SALAH...
Walaupun begitu,
Ingatlah satu perkara, Allah swt itu Maha Pengampun...
Dia sentiasa memaafkan hamba - hambaNya... Allah swt takkan pernah jemu mengampunkan dosa kita, walaupun kita tidak pernah jemu melakukan dosa..
Kekadang mesti kita rasa bersalah kan, buat dosa mintak taubat... Tapi tak lama lepas tu kemungkinan besar je kita buat dosa tu balik... Betul tak??? Benda tak mustahil taw..
Allah swt tahu hambaNYa lemah, kekadang lepas melakukan taubat pun masih lagi boleh tergelincir dalam lubang yang sama..
Sebab itulah, Allah swt membuka pintu taubatNya setiap masa...
Layakkah aku untuk bertaubat???? Ye... Semua manusia layak untuk bertaubat dan berubah kearah kebaikan..
Akhir kata dari saya:
![]() |
| JOM KITA TAUBAT😊😊😊😊 |
Yang baik datang dari Allah swt, dan yang buruk itu datang dari kelemahan saya sendiri....
Semoga Allah sentiasa pandang usaha kita untuk kearah kebaikan...
Inshaa allah...
Wallahu a'lam....





No comments:
Post a Comment