Saturday, May 6, 2017

Layakkah aku untuk bertaubat????

بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم





Baca tajuk pun dah rasa gerun kan???? Ya Allah...
Kawan kawan, jom kita berpikir sejenak....
Pernah tak kita dalam satu hari sebelum tidur ,kita muhasabah diri kita??? Kita ingat balik apa y kita dah buat seharian???? Tipulah kalau satu hari kita tak buat dosakan kawan kawan??? Kekadang kita sendiri tak sedar kita berbuat dosa ke tak... Memang fitrah manusia itu pelupa... (انسان-نسى)

Tetapi, 
tak salahkan untuk kita saling mengingatkan satu sama lain... Kekadang akan sampai satu masa, terdetik di hati kita untuk bertaubat... Untuk memohon ampun dengan Allah swt... Waktu itu kita mungkin akan merasakan layakkah aku untuk bertaubat????? 

Layakkah aku???Kita pun mesti pernah terpikir..:" Kenapalah Allah tak tarik ja nyawa aku, yelah dari aku buat dosakan??"

Hah, cuba kita tengok jawapan Imam Al-Ghazali kat bawah ni;



Dalam Al-quran Allah swt berfirman y bermaksud:
"Tidaklah mereka mengetahui bahawasaNya Allah menerima taubat dari hamba-hambaNya?" Surah At-Taubah (9:104) 

Tipu andai kita mengatakan kita takkan takut dengan dosa yang kita pernah lakukan... Dosa dan kisah silam kita akan sentiasa mengejari kita, menghantui kita kerana dosa adalah dosa.... dan ia akan tetap sama dan SALAH...

Walaupun begitu,
Ingatlah satu perkara, Allah swt itu Maha Pengampun... 
Dia sentiasa memaafkan hamba - hambaNya... Allah swt takkan pernah jemu mengampunkan dosa kita, walaupun kita tidak pernah jemu melakukan dosa..

Kekadang mesti kita rasa bersalah kan, buat dosa mintak taubat... Tapi tak lama lepas tu kemungkinan besar je kita buat dosa tu balik... Betul tak??? Benda tak mustahil taw..




Allah swt tahu hambaNYa lemah, kekadang lepas melakukan taubat pun masih lagi boleh tergelincir dalam lubang yang sama.. 

Sebab itulah, Allah swt membuka pintu taubatNya setiap masa...


Kesimpulannya,
Layakkah aku untuk bertaubat???? Ye... Semua manusia layak untuk bertaubat dan berubah kearah kebaikan..
 Akhir kata dari saya:
JOM KITA TAUBAT😊😊😊😊
Yang baik datang dari Allah swt, dan yang buruk itu datang dari kelemahan saya sendiri....
Semoga Allah sentiasa pandang usaha kita untuk kearah kebaikan... 
Inshaa allah...

Wallahu a'lam....







I'm Back


بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم


Apa khabar semua??? Sihat?? Rasanya dah lama sangat sis mencoret kat blog ni.. Dulu blog lama sis dah xboleh bukak... xthu apa punca dy😞😞😞 Sedih, tapi takpa Allah tahu kebaikannya.. Alhamdulillah blog ni masih boleh berfungsi walaupun banyak benda dah ketinggalan kan?? Maaf kerana dah lama x update .. Entahlah busy ngan apa .. Tapi mungkin sebab sini kalau nak bukak kena guna vpn jadi niat utk mencoret tu terkubu macam tu sje... heeee

Apa apa pun Selamat membaca semua
Selamat menyambut Bulan Ramadhan semua...
么么哒🌹


Salam sayang,
-sna-


Tuesday, December 22, 2015

ZIKIR HARIAN

Assalamualaikum...

Ok, hari ini saya nak kongsi zikir harian yang sangat mudah dan tidak payah..... Moga kita sama-sama mendapat manfaatnya





Rasulullah saw bersabda:
"Percakapan orang yang berakal muncul dari balik hati nuraninya. Maka ketika hendak berbicara,terlebih dahulu ia kembali pada nuraninya. Apabila ada manfaat baginya, dia harus bercakap dan apabilaia mendatangkan keburukan, maka hendaklah dia tidak melafazkannya. Sesungguhnya hati orang bodoh berada di mulut, ia berbicara sesuai apa sahaja yang dia mahukan."



TIPS UNTUK KHUSYUK BERDOA


Sunday, December 20, 2015

SILENCE IS GOLDEN




DIAM ITU LEBIH BAIK DARIPADA BERCAKAP???

SAY A GOOD THINGS OR REMAIN SILENCE
 你们同意吗?(korang bersetuju ke?)
hmmmmmm.......
Kalau diam sunyi,kalau cakap bising... Macam mana ek??? Jom kita sama sama memikirkannya
oklah first of all,mehlah sama-sama kita rujuk hadis k?



OK.......^_^ Jawapan kepada soalan tadi dah terjawab..hehe

So,kesimpulan di sini.... Sekiranya kita mampu untuk berkata baik-baik..Kita boleh je bercakap sebab ia akan menyenangkan hati orang sekeliling jugak....
Tetapi,
Andai kita rasa percakapan kita banyak membawa kepada LAGHA n MERAPU........Jadinya lebih baik kita diam...
Kekadang kita tak sedar kita dah pun melukakan hati orang lain dengan percakapan kita walaupun kita memang tak ade niat pun....

Sebab itu, ada pepatah menyebut "LIDAH ITU LEBIH TAJAM DARIPADA MATA PEDANG"
SO guys n gurls,
Cuba korang bayangkan mata pedang tu dah tajam n sometime mungkin akan buat kita terluka akibat terkena dari mata pedang tu tapi rupanya LIDAH tu lagi tajam.... Ibarat korang lomparkan seketul batu ke dalam laut... Korang pun tak tahu sedalam mana ia masuk... bukan kita boleh ukur kan.... Cuba kita bayangkan bila kita mengeluarkan percakapan yang mungkin akan menyentuh hati orang sampailah dia terasa.... korang tahu ke dia terasa macam mana??? 
Entah-entah sampai dia rasa dia nak bunuh korang.... Uishhh drastik n drama sangat kan... Nauzubillah... Moga Allah swt melindungi kita semua k....


"BEFORE WE SAY SOMETHING,THINK HOW YOU'D FEEL IF SOMEONE SAID TO YOU."
"SPEAK ONLY TRUTHFULNESS,SPEAK OUT THE MOST GOODNESS,SPEAK TO GAIN REWARD FROM ALLAH SWT,BUT...... SILENCE IS BETTER THAN SPEAK IF IT CAN CAUSE SADNESS....CAN CAUSE ANGER....AND CAN GAIN SINS FROM SPEAK...."




Korang...
Kalau rasa dah nak start LAGHA & MERAPU..... joMLAH kita diam sama sama k??
Diam itu lebih baik..
Kurang kesalahan,
Kuranglah DOSA,
Dan
banyak DIAM tidak semestinya BODOH,
Banyak bicara tak semestinya CERDIK...
KERANA...
KECERDIKAN itu buah fikiran
Orang cerdik y diam lebih baik
daripada..
Orang bodoh yang banyak berbicara

Nabi Muhammad SAW bersabda:
"Mahukah kamu aku khabarkan kepadamu, dengan semudah-mudah ibadat dan sesenang-senang atas tubuh, ialah diam dan baik perangai."
(Riwayat Ibnu Abiddunya dari Shafwan bin Salim)

Kesimpulannya....
Sebelum berucap,befikirlah apakah ucapan itu:
  • benar?
  • penting?
  • baik?
Jikalau tidak, lebih baik kita DIAM....untuk mengelakkan daripada menambah dosa dan mempamerkan kelemahan sendiri

Renung-renungkan n SELAMAT BERAMAL^_^


Waallahua'lam.......







Sachiko_kawashi